pendawaian air cond mengikut spefikasi mengelakan litar pintas dan kebakaran.




gambar di atas menunjuk pendawaian mengikut spefikasi dan yang selamat digunakan

kebanyakan tuan rumah tidak menyedari mereka tidur didalam bahaya sepanjang malam berkemungkinan kehilangan nyawa dan harta benda kerana sistem pendawaian elektrik tidak mengikut spefikasi.

Tuan rumah yang ingin memasang air cond pastikan pendawaian anda mengikut spefikasi.

Perkara wajib tuan rumah pastikan

-kabel yang digunakan sirim bersaiz 4mm
-pendawaian bermula dari kotak elektrik bukan dari soket yang berhampiran
-mcb (pemutus litar ) yang digunakan khas untuk litar aircond sahaja individual (bukan share )
-gunakan switch yang mendapat kelulusan sirim.


Rujuk wireman profesional dan kompeten untuk keselamatan dan nyawa anda


dont play2 dengan elektrik..keras kang

dont play2 dengan elektrik..keras kang


Pastikan anda mahir dalam selok-belok elektrik....keras kang ...kalau anda nak buat sendiri pasti kan anda ada ilmu yang cukup dari segi teori dan amali...jangan main sebat je..cucuk sana sini..konon nya nak diy.. tgk youtube , google je itu belum cukup untuk anda..saya ingat kan je kang keras nanti..Pastikan anda rujuk pada yang pakar face to face biar dia bantu dan monitor anda sebelum anda buat sendiri..sentiasa tanam kan dalam diri takut pada bahaya elektrik..orang yang pakar pun pasti terkena kejutan budaya...lagi kalau orang yang tak pakar buat ada harapan jadi keras kang...elektrik nampak senang cucuk sana sini...kene kejutan budaya 240v baru tahu...tapi hakikatnya keselamatan nyawa itu lebih bernilai..kalau tukar paip air takpe la..x jadi bocor je bole repair lagi...kalau elektrik  kene kejutan budaya je...sengat2 sikit je..bisa2 camtu orang cakap...kalau bulu ari-ari pun boleh keras lu pikir la sendiri...mati pucuk atau parkinson pun ada...

Tu bangla elok je dia buat...bukan tak bole buat tp tgk juga kefahaman & pengalaman ilmu bangla tu juga....ada ssetengah orang dia mahir tentang wiring sahaja ( sebab mungkin kerja dalam bidang tu hari2 tarik2 kabel jolok sana sini )kalau selama ni dia ikut bos dia yang memang buat kerja carca marba..tak mustahil dia pun lagi carca marba... 
Dalam mencari punca kerosakan (troubleshooting) itu memerlukan ilmu dan pengalaman.

formula asas

#pandai wiring 
#pandai mencari punca kerosakan


Tips untuk buat sendiri (diy )

*Pastikan tempat bekerja selamat
*Pastikan bekalan elektrik telah off sepenuhnya (kene check byk kali )
*guna test pen yg baik sikit
*meter meter yang jenama biasa org guna
*pasti alatan yg berpenebat 1000v
*pakai kasut yg bergetah
*sarung tangan bergetah
*jangan pakai barang perhiasan
*jangan main henpon
*rujuk pakar sebelum & selepas
*Beli barang pastikan jenama yang biasa orang guna
*AWAS kalau ragu2 jgn buat...keras kang



servis kotak agihan elektrik ( DB box )

Kenapa perlu servis DB box?? senang cerita untuk kawan2 di luar sana faham..macam gini la...DB box tu ibarat macam jantung elektrik..semua kompenan yang ada kat situ berfungsi untuk mengawal , menguruskan dan memberhentikan arus elektrik sekiranya terdapat litar pintas , litar lebihan atau bocor yang disebabkan oleh kerosakan barang-barang itu sendiri atau kabel-kabel yang rosak.


ORANG PANGGIL KOTAK ELEKTRIK (DB BOX )


DB box perlu diselenggara sekurang-kurangnya setiap tahun (  preventive maintenance ) di sebabkan beberapa faktor seperti pendawaian longgar atau kerap berlaku trip ( black out ).Nak selenggara 20 tahun sekali pun boleh je tapi risiko kerosakan harta benda & nyawa sendiri tanggung ler..elok la sediakan payung sebelum hujankan..elok minta pendapat wireman yang mahir buat inspection..depa akan advise nak setahun atau lebih kali servis ke..depa lagi faham soal nyawa ni..satu lagi depa wireman akan susun balik wiring yang kacau bilau tu...otak depa berdenyut2 kalau jumpa wiring haru biru....hijau pergi kuning,kuning masuk biru,biru terbang pergi merah..merah cilok masuk hitam...last2 jumpa cicak dah arwah 4 tahun lepas....hehe

Ramai diluar sana memandang sebelah mata penjagaan sistem elektrik rumah sendiri..malang tidak berbau...dah terbakar nanti baru tahu..siapa yang rugi.

Lagi satu kalau kita tak pernah servis elok la cari wireman yang mahir dan berpengalaman ( yang faham teori dan amali  tentang elektrik) cepat2 sebelum apa2 berlaku..Bukan apa kerap kali saya berjumpa dengan wiring yg pelik-pelik walaupun rumah baru ataupun wiring baru.hampir 70% rumah yang saya buat servis dan inspection tidak mengikut spec atau carca marba.pening adoi..rumah anda kena faham kualiti barang-barang tak sama macam 20tahun dulu punya barang.

orang kita pun satu hal...elektrik bukan sesuatu benda yg biasa2 tau...bole buat mati taw....cuba bayangkan brake kereta anda tidak diselenggara...jalan memang boleh jalan tapi nak berhenti tu yang bikin musibah


comelkan baru hitam sikit je


formula asas 
jika diselenggara risiko dapat dikurangkan
jika tidak diselenggara risiko amat tinggi

anda yang menentukan..terpulangla walaupun ada org kata tak payah la setahun sekali servis bazir duit je....rumah aku elok je..pasti ingat 1 hari rumah depa akan kena juga..

Benda baik elok buat la..demi nyawa dan dan harta benda dapat juga membantu kecekapan pembaziran elektrik..jimat bil letrik tu



serabut serabai elok tukar dah tu


cantik kan macam ni..baru yakin tidur nyenyak


Harga bagi perkhidmatan servis DB box hanya RM80.00 bagi kawasan sekitar rawang batang kali 


UPGRADE / TUKAR DB BOX ( RM300)

1 unit DB box
1 unit main switch
1 unit pemutus litar ELCB
10 unit pemutus litar kecil (MCB )


dont play2 dengan elektrik..keras kang


cara test kotak agihan PEMUTUS LITAR ( elcb )

Tips Cegah Kebakaran dari Rafidi Zainol

Cuba periksa distribution box (DB) di rumah masing2. Hanya test sebulan sekali. Cara ini boleh elak kebakaran di rumah.

Tekan butang ELCB di kawasan bertanda merah. Jika suis berfungsi, ia akan turun ke bawah. Jika tidak berfungsi, cepat2 tukar ELCB yang baru



kebakaran berlaku apabila terjadi kerana ada "sparking fire" disebabkan oleh litar pintas. Litar pintas terjadi apabila berlaku kebocoran arus eletrik di pendawaian rumah. Jadi ELCB (kawasan yang bertanda merah tu ) itu bertujuan mmtuskan bekalan skiranya terjadi litar pintas..Jadi pastikan ELCB drumah kita berfungsi dgn baik.




PROMOSI 2019



NAK RENOVATE RUMAH MURAH GILERR ..

Kami ada cara untuk korang jimatkan kos renovate rumah dengan hasil kerja yang menakjubkan.. org cakap terbaik bosku..

Sempena nak masuk tahun baru nak aura rumah baru..

<<<< PROMOSI KALI INI >>>> PROMOSI KALI INI >>>>

FREE KONKRIT TABLE TOP 10ft
FREE SINKI DOUBLE
FREE WATER TAP ( kepala paip )

Untuk 20 orang pelanggan sahaja

Contact kami sekarang sebelum slot untuk hujung tahun ini penuh..


RENOVATION RUMAH/KEDAI/PEJABAT

Extend Rumah Depan/Belakang
Pecah / Pasang Tiles / Ikat Batu Plaster
Partition Work / Plaster Syling / Mengecat
Laminate Flooring / Vinyl Tiles
Supply & install Tinted / Frosted Film
Wiring / Pasang Lampu / Kipas
Supply & install Water Heater / Autogate
waterpoofing / Roof leaking / Plumbing
Kerja2 Bumbung
Table Top / Tempered Glass Work
Install /Uninstall Aircond
Supply & Install Bi-fold door
Landscaping / Potong Pokok

Perkhidmatan elektrik



Jika anda memerlukan perkhidmatan wiring/pendawaian elektrik untuk rumah mahupun premis bangunan, anda boleh menghubungi kami. Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:


A. Consultation:

-Khidmat nasihat tentang wiring rumah baru mahupun re-wiring.

-Pengiraan beban elektrik serta kosnya.


B. Wiring:

-Pendawaian rumah atau premis baharu atau renovate wiring sedia ada.

-Pendawaian Distribution Board (DB) bagi 1 fasa dan 3 fasa.

-Pendawaian bagi lampu, kipas, socket outlet 13A, aircond, water heater dan lain-lain.


C. Installation:

-Pemasangan DB dan aksesori bagi 1 fasa dan 3 fasa.

-Pemasangan alatan elektrik seperti lampu, kipas, socket 13A, aircond, water heater, suis dan lain-lain.


D. Troubleshooting

-Mengenalpasti masalah berkaitan elektrik berkaitan wiring, alatan elektrik dan system elektrik.


# Quotation percuma, harga boleh dirunding.

# Tenaga kerja yang mahir,berkelayakan & berpengalaman lebih

Harga bagi perkhidmatan wiring bagi tahun 2018



Harga sebagai rujukan sahaja...berminat nati kita deal sampai jadi...jom ngeteh


1) Harga Pendawaian - Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.

- Harga pendawaian lampu = RM70

- Harga pendawaian kipas termasuk hook= RM80
- Harga pendawaian soket plug =RM 90
- Harga pendawaian aircond =RM130 - RM170
- Harga pendawaian water heater = RM 130 - RM 170


2) Harga Pendawaian - Tanam Dalam Simen (conceal):

- Pendawaian lampu = RM100

- Pendawaian kipas = RM100

- Pendawaian soket plug 13A = RM120

- Pendawaian aircond = RM 150 - RM 180

- Pendawaian Water Heater = RM150 - RM180


3) Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod

= RM150/lot-Rm250/lot


4)Network CAT5e cabling 1 Point = RM170


5) Pemasangan DB (Switch Board)

- Single phase 8way hingga 20 way termasuk barang RM400 - RM500

- Single phase atas 20 way termasuk barang RM600 ke RM750

- Three phase untuk rumah termasuk barang RM1250

*Untuk metalclad DB tambah RM300


6) UPAH PASANG SAHAJA

- Pasang Semua Jenis Lampu Filamen = RM15

- Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 20 - RM 25

- Pasang Semua Jenis Lampu Downlight termasuk tebuk = RM 25 - RM 30

- Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM 40 - RM 50

- Pasang Kipas hiasan (4 bilah ke atas) = RM50

- Pasang Water Heater = RM80


Terma Penggunaan Jenis kabel, Soket, Suis, Lampu dan Casing Lampu

Pendawaian lampu/kipas menggunakan kabel 1.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.

Pendawaian soket 13A menggunakan kabel 2.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.

Water Heater/Aircond menggunakan kabel 4.0 yang diluluskan oleh SIRIM.

Pendawaian Auto Gate menggunakan kabel 4.0 atau menggunakan armored cable

Menggunakan soket plug 13A/15A yang diluluskan oleh SIRIM.


Terma Kos Tambahan:


Kos tambahan boleh berlaku jika terdapat

Kesukaran di dalam kerja kerja pemasangan dan pendawaian

Penggunaan cable yg terlalu panjang dari point ke fius/MCB

Jenis pendawaian yang dilakukan samada guna conduit, casing, melalu siling dan lain lain


Terma Harga dan Servis:

Harga yang ditawarkan di atas mungkin akan berubah mengikut harga pasaran. Akan diberitahu sebelum kerja dimulakan

Harga yang ditawarkan adalah untuk kegunaan rumah kediaman sahaja

pendawaian air cond mengikut spefikasi mengelakan litar pintas dan kebakaran.

gambar di atas menunjuk pendawaian mengikut spefikasi dan yang selamat digunakan kebanyakan tuan rumah tidak menyedari mereka ti...